
Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime sekali lagi meraih perhatian apabila mendakwa kerusi keselamatan bayi tidak selamat untuk digunakan hingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Sangkal Dakwaan Cucuk Dagu Untuk Nampak Runcing Ketika Mengandung – ‘Dagu Mulan Ikut Mummy’
Atikah tanya pendapat netizen

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu menyatakan sebagai seorang ibu, Atikah sepatutnya melakukan penyelidikan tentang kerusi keselamatan bayi untuk kebaikan anaknya sebelum meminta pendapat netizen.
Bagaimanapun, pelakon drama Si Kolot Suamiku itu memilih untuk meminta pandangan netizen dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diterima.
Perkongsian tersebut mendapat respons baik daripada suami Atikah iaitu Datuk Lokman Teh.
Respons Lokman

Menurut Lokman, Atikah cenderung untuk mengajukan soalan di media sosial kepada netizen adalah kerana dia suka berinteraksi dengan orang ramai.
Atikah bertanya di media sosial kerana dia suka berinteraksi dengan peminat sebab mereka gemar memberi pandangan.
Dia pun seorang selebriti dan pempengaruh, jadi apa-apa perkara yang dia lakukan mesti nak libatkan peminat.
Kalau kalian tidak suka, saya akan minta dia berhenti untuk melibatkan peminat dalam setiap perkara.
Terdahulu, Atikah merasakan kerusi keselamatan bayi tidak baik untuk badan kanak-kanak lebih-lebih lagi untuk anaknya, Lyla Mulan Teh yang baru beberapa bulan dilahirkan.
Atikah juga meluahkan rasa takut untuk meletakkan Mulan di atas kerusi keselamatan itu dan memilih untuk memegangnya sepanjang perjalanan menuju ke Singapura, baru-baru ini.
Sumber: Threads







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)