berita

Atikah Suhaime Hadir Kursus Kahwin Dengan Pasangan, Rancang Nikah Januari Tahun Depan

November 27th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Atikah Suhaime mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik foto bersama kekasihnya, Datuk Lokman Teh di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan, semalam.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Umur 31 Tahun Kena Nampak Macam Makcik-Makcik?’ – Atikah Suhaime Pelik Orang Tegur Muda

Kursus kahwin

Menurut Atikah, gambar itu dirakam ketika mereka menghadiri kursus perkahwinan di Masjid Wilayah Persekutuan. Tambah Atikah, dia belum berkahwin.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! persoalan dalam kalangan netizen mula timbul apabila mereka melihat Atikah memakai tudung berwarna putih dan berbaju kurung biru muda tatkala berada di sisi Lokman. Di ruangan komen, pelakon ‘Highland Tower’ ini menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan peminat.

Ujar Atiqah lagi, mereka merancang untuk bernikah pada Januari tahun depan.

Terima kasih kepada semua pengikut dan rakan-rakan kerana mendoakan kami. Insya-Allah kami rancang untuk nikah pada Januari tahun depan.

Difahamkan, pasangan ini sudah melangsungkan pertunangan sejak dua bulan lalu.

Sumber: Atikah Suhaime

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×