berita

‘Kalau Umur 31 Tahun Kena Nampak Macam Makcik-Makcik?’ – Atikah Suhaime Pelik Orang Tegur Muda

October 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Topik mengenai ‘umur’ agak sensitif bagi segelintir individu terutama golongan wanita. Di TikTok, pelakon kelahiran Singapura iaitu Atikah Suhaime memuat naik satu video berhubung topik tersebut.

30 masih muda okay!

@atikahsuhaimeeee

Shoutout to 30yr old ladies out there. ?? 30 masih muda okayyyy bukan tua. ? #fyp #tiktokmalaysia #singaporetiktok #singaporetrending

? original sound – atikahsuhaimeeee – atikahsuhaimeeee

Menerusi rakaman tersebut, memaparkan Atikah Suhaime sedang meluahkan perasaan pelik dengan sikap sesetengah orang apabila bertemunya pasti akan mengatakan dia masih nampak muda.

Shoutout untuk wanita yang sudah berusia 30 tahun di luar sana. 30 masih muda okay bukan tua.

Meskipun baru berusia 31 tahun, Atikah turut menyifatkan adakah dirinya perlu kelihatan seperti ‘makcik-makcik’ kerana umurnya sedemikian.

Lepas tu i macam pelik i umur 31 tahu bukan 50. Apa, kalau umur 31 tu you kena nampak macam makcik-makcik ke macam mana? Mestilah saya nampak muda sebab 31 is muda, 31 is young bukan tua.

Pernah ditegur sudah tua

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui umur Atikah Suhaime. Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama mengenai isu usia mereka yang 30-an tetapi ditegur seolah-olah sudah tua.

Sumber: Atikah Suhaime

SKIP THIS AD ×