berita

Atikah Suhaime Pernah Dilabel Sombong Oleh Bapa Mentua – ‘Dia Ada Satu Aura’

April 1st, 2024 | by Maya
Kini Trending

Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi momen pertama kali berjumpa dengan bapa mentuanya, Datuk Seri Mohd Kamal Eusuff Teh.

Artikel berkaitan: Atikah Suhaime Seronok Masak Sahur Untuk 10 Orang, Netizen Puji Meriah Lauk Dah Macam Berbuka

Artikel berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Kini Isteri Ahli Perniagaan Berstatus Datuk, Terima Mas Kahwin RM300

Pernah dilabel sombong

Menerusi temu bual bersama Nona, Atikah pernah dilabel sombong oleh bapa mentuanya gara-gara tidak bertegur sapa ketika dia dan suami masih bercinta.

Menurutnya, aura yang dimiliki bapa mentuanya itu membuatkan dirinya berasa segan dan takut untuk menegur.

Pertama kali saya jumpa bapa mentua dia ada satu aura. Aura ni perkara yang tak boleh dibuat-buat. Sesetengah orang dia memilikinya contoh macam Datuk Seri Siti Nurhaliza ada aura tersendiri.

Macam bapa mentua saya kita tahu mana-mana dia pergi orang akan takut dengan dia sebab dia bos. Saya sangat segan pertama kali jumpa bapa mentua saya.

Saya tak tegur dan lepas itu bapa mentua saya mengadu pada suami saya waktu kami masih bercinta. Dia cakap ‘eh you punya girlfriend banyak sombong kenapa dia tak nak tegur saya?’.

Kita kan kalau segan akan jadi macam tunduk dan segan. Dia kata saya sombong ‘kenapa dia ada masalah dengan saya ke?’ dia tanya suami saya.

Lepas tu suami saya (ketika itu teman lelaki) dia beritahu yang bapa mentua ingat saya sombong. Saya tak bermaksud untuk sombong pun sebenarnya saya segan.

Namun selepas berkenalan, dia menyifatkan perangai bapa mentuanya sama seperti suaminya, Datuk Lokman Teh iaitu memiliki perwatakan yang sangat baik dan kelakar.

Rupa-rupanya saya dapat tahu dia nak kita tegur jadi saya pun tegur. Saya panggil Datuk Seri tapi dia lebih selesa bila saya panggil Uncle pada masa itu.

Saya rasa dia rendah diri dan rupanya dia seorang yang melawak sama perangai macam suami saya. Sebijik sangat.

Kagum dengan bapa dan ibu mertua

Malah, Atikah juga sangat kagum dengan kedua ibu bapa mentuanya yang sangat merendah diri tidak kira status dan pangkat mereka.

Daripada situ saya rasa okay dan lebih rapat dengan bapa mentua dan ibu mentua saya. Kami macam best friend dan selalu berborak bersama. Ibu mentua saya Datin Seri tapi dia seorang yang sangat ringan tulang. Bila datang ke pejabat, dia akan buat kerja dan bantu perniagaan sekali.

Mereka berdua sangat rendah diri walaupun mereka jutawan. Saya tertanya-tanya kenapa ada orang baru dapat sikit terus sombong. Saya nak jadi seperti mereka. Mereka ajar saya banyak benda untuk sentiasa rendah diri dan berkawan dengan semua orang.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Pegawai Eksekutif Zaitun, Lokman Teh pada 21 Januari lalu.

Sumber: Nona

SKIP THIS AD ×