
Pelakon Atiq Azman mengucapkan rasa syukur apabila dia dan isteri, Alia Natasha telah dikurniakan seorang bayi lelaki.
Artikel Berkaitan: Netizen Risau Isteri Atiq Azman Penat Kerja – ‘First Pregnancy Kena Jaga Betul-Betul’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atiq Azman & Isteri Tak Malu Berniaga, Mohon Sokongan Ramai
Timang anak lelaki

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Atiq menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.
Di ruangan kapsyen, pemilik nama Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 26, itu berdoa agar anak sulungnya membesar menjadi seorang insan yang berguna dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT.
Raja Muhammad Aaryan. Selamat datang ke dalam keluarga kita. Alhamdulillah atas rezeki yang sangat indah dari Allah SWT.
Semoga Aaryan membesar menjadi anak yang soleh, kuat, bijaksana, dan sentiasa dilindungi Allah dalam setiap langkah kehidupan.
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik, iman yang teguh, rezeki yang luas, dan hati yang sentiasa penuh dengan kasih sayang.
Dalam masa sama, pelakon drama Nur itu juga menghargai isteri tercinta yang banyak berkorban demi melahirkan cahaya mata mereka.
Buat isteriku tercinta, terima kasih atas pengorbanan, kesabaran, dan kekuatan yang tidak terungkap dengan kata-kata.
Awak adalah wanita yang sangat kuat, dan hari ini menjadi saksi betapa besarnya kasih sayang seorang ibu.
Terima kasih kerana menghadiahkan keluarga ini sebuah anugerah yang paling berharga.
Sekadar info, Atiq dan Alia selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Februari tahun lalu di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Sumber: IG Atiq Azman








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)