
Pelakon Atiq Azman menarik perhatian warganet selepas memuat naik satu hantaran di platform Threads mengenai hasratnya mencari kerja sambilan.
Artikel Berkaitan: Netizen Risau Isteri Atiq Azman Penat Kerja – ‘First Pregnancy Kena Jaga Betul-Betul’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atiq Azman & Isteri Tak Malu Berniaga, Mohon Sokongan Ramai
Atiq cari kerja
Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 25, berkata dia boleh melakukan apa sahaja pekerjaan kerana mahu mencari pendapatan tambahan.
Assalamualaikum, saya dengan rendah diri, ada kerja kosong tak bergaji yang okay, kalau ada bole pm saya tak? Insyallah bole komit, bahagian pemasaran ke, jadi pemandu peribadi.
Jelasnya, keputusan itu bukanlah kerana mahu berhenti berlakon, sebaliknya lebih kepada usaha menambah rezeki dengan cara lain buat sementara waktu.
Bukan saya tak nak belakon cuma sekarang, nak cari gaji lebih itu sahaja. Terima kasih.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen memberikan cadangan pekerjaan yang bersesuaian, selain turut mendoakan agar Atiq dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusannya.
Sumber: Threads Atiq Azman