berita

‘Atlet Yang Berpangkalan Di Luar Negara Saja Dibenarkan Bawa Pasangan’

June 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, atlet sukan permotoran iaitu Hafizh Syahrin meluahkan kekecewaannya apabila dimaklumkan isterinya tidak mendapat kelulusan dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menemani suami menyertai perlumbaan di Eropah. Dalam statusnya itu juga, Hafizh tidak mahu orang ramai salahkan atau menunding jari ke pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana didakwa tidak menyokong permohonannya itu.

Artikel berkaitan: Isteri Didakwa Gagal ‘Terbang’ Ke Eropah, Hafizh Syahrin Mohon Netizen Jangan Salahkan KBS

Terbaharu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi menjelaskan mengapa permohonan isteri kepada pelumba motosikal itu ditolak.

Kelulusan buat ahli sukan berpangkalan di luar negara

Sumber foto: Google

Menerusi kenyataan rasmi JIM, sebelum ini dipercayai terdapat segelintir individu menyalahgunakan kelulusan permohonan untuk ke luar negara. Tambah JIM lagi, kelulusan permohonan hanya diberikan kepada mana-mana altet sukan yang menetap di luar negara sahaja dibenarkan untuk membawa isteri mereka ke sana.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merujuk kepada hantaran tular di media sosial oleh seorang pelumba motosikal berkenaan permohonan isteri beliau untuk keluar negara yang telah ditolak. JIM memahami terdapat dalam kalangan warganegara Malaysia yang menghadapi kesukaran untuk keluar negara atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Dalam perkara ini JIM telah menjumpai beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) oleh warganegara Malaysia melalui semakan yang dijalankan di pintu masuk negara, menggunakan kelulusan tersebut dengan tujuan lain selain daripada kategori yang dibenarkan keluar negara. Bagi tujuan melancong dan bercuti tidak dibenarkan keluar negara.

Kelulusan diberikan kepada ahli sukan yang menetap dan berpangkalan di luar negara sahaja dibenarkan membawa pasangan. Contohnya, pelumba basikal dan pemain golf profesional.

Hanya jurulatih dan krew profesional dibenarkan

Sumber foto: Hafizh Syahrin

Tambah JIM lagi, adalah tidak dibenarkan bagi mana-mana atlet yang menyertai kejohonan secara ‘on and off’ untuk membawa pasangan bersama. Malah, hanya jurulatih dan krew professional sahaja yang dibenarkan bersama-sama dengan atlet sepanjang di luar negara.

Tindakan yang dibuat pihak JIM ini adalah bagi membendung penularan kes positif Covid-19 di dalam negara mahupun kes import.

Ahli sukan yang menyertai kejohanan secara ‘on and off’ dan tidak menetap di luar negara, tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan. Hanya jurulatih dan krew profesional yang terlibat sahaja dibenarkan keluar bersama ahli sukan berkenaan.

JIM berperanan sebagai petugas barisan hadapan mengawal sempadan dan melihat keselamatan secara keseluruhan. JIM telah membantu mengawal penularan kes import dari luar negara melalui kawalan pergerakan yang sentiasa diperketatkan dari masa ke semasa. Ini terbukti melalui kes import yang selalu ‘single digit’.

Semua peserta kejohanan juga perlu mendapat sokongan dari agensi kawal selia seperti Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

SKIP THIS AD ×