
Penyanyi baru Triomut iaitu Ammar Haikal, Auddra dan Hadie Elfardie melancarkan lagu raya pertama mereka, ‘Dentam Dentum Raya’ hasil nukilan penerbit Jaja Ishak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaja Ishak Tak Kisah Dituduh Tumpang Populariti Hadie, Ammar & Auddra
Dentam Dentum Raya
Ketika ditemui OhBulan!, anak kepada penyanyi Ameng Spring iaitu Ammar Haikal mengakui teruja apabila ditawarkan untuk mendendangkan lagu Dentam Dentum Raya ini bersama rakan baiknya, Auddra dan Hadie.
Apa yang membuatkan saya terima tawaran ini pertama sekali sebab kawan-kawan saya (Auddra & Hadie) ada sekali.
Objektif projek ni memang nak buat lagu untuk Trio Mut tapi kalau saya tak ada, tak lengkap lah.
Selepas kenal Uncle Jaja Ishak dan Abang Amzar, saya rasa teruja. Pertama kali saya dengar lagu ini pun, memang sedap.
Sementara itu, Auddra yang merupakan anak kepada pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah bersetuju dengan tawaran tersebut selepas mendengar sendiri kualiti lagu yang bakal dibawakan.
Sebelum terima memang saya fikir dulu sebab awal-awal tu saya tak tahu lagu raya ni macam mana. Tapi bila saya dah dengar lagu tu dan sedap, saya terus setuju.
Dia turut meluahkan rasa teruja apabila diberikan tanggungjawab untuk menggalas bahagian rap dalam lagu tersebut.
Jelasnya, genre rancak dan rap lebih serasi dengan jiwanya berbanding teknik vokal balada.
Hadie teruja kolaborasi dengan kawan baik

Manakala, anak sulung kepada pasangan Suhaimi Saad dan Ina Naim iaitu Hadie berkata penglibatan dalam Dentam Dentum Raya memberikan pengalaman baharu kerana ini merupakan lagu raya pertamanya bersama rakan-rakan.
Ini lagu raya pertama saya dengan kawan-kawan. Sebelum ni saya ada juga lagu raya tapi dengan keluarga.
Mula-mula mak (pengurus) bincang dengan Uncle Jaja untuk buat lagu raya, mulanya ingat saya seorang je. Tapi bila saya seorang risau lagu tu tak boleh pergi jauh. Kemudian baru kami cuba ajak Auddra dan Hadie untuk join sekali.
Dalam pada itu, Jaja Ishak selaku penerbit dan penulis lirik yakin dengan kemampuan ketiga-tiga penyanyi muda ini dalam membawa lagu Dentam Dentum Raya.
Secara jujurnya, saya tahu ramai artis dan ‘influencer’ dah lancarkan lagu raya mereka. Tapi tak semua orang boleh menyanyi dengan baik.
Mereka bertiga ini memang dilahirkan sebagai penyanyi, mereka ada bakat semula jadi dan sekarang mereka tengah ‘naik
Sebab itu saya yakin nak melabur kepada mereka walaupun mereka artis baru. Saya yakin dengan kredibiliti dan pengikut mereka.
Itulah sebab saya yakin lagu kita, walaupun artis baru, tapi dengan kekuatan vokal, kekuatan kekeluargaan dan peminat mereka, saya yakin lagu ini nombor satu untuk tahun ini.
Lagu Dentam Dentum Raya mula dilancarkan di platform digital termasuk Spotify bermula semalam, manakala muzik video rasmi terbitan Jaja Ishak Channel turut dilancarkan di YouTube pada tarikh yang sama.








