berita

A&W Kembali Memikat Selera Rakyat Malaysia Dengan Menu Lebih Awesome

December 3rd, 2019 | by Noraniza
Shout Out!

Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diadakan di Festival A&Wesome 2019 bertujuan untuk mengembalikan kenangan indah kepada pelanggan yang telah menikmati hidangan makanan segera di A&W serta menarik pelanggan generasi baharu dengan tawaran menu baru yang berkualiti dan lazat.

Malah, jangkauan media sosial A&W telah mendapat sambutan positif untuk menjadikan rangkaian QSR kembali ‘hebat’ dan seterusnya memenangi hati pelanggan generasi milenium.

“Jenama A&W mempunyai hubungan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang membesar pada tahun 70-an dan 80-an. Mereka merayakan ulang tahun mereka di outlet kami dengan Rooty® The Great Root Bear dan mempunyai sekurang-kurangnya satu kegemaran dalam menu kami,” kata George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif bagi A&W Malaysia Sdn. Bhd. dan IMRSB

Pada awal tahun ini, beberapa sos baharu telah diperkembangkan menggunakan bahan-bahan yang digemari oleh rakyat Malaysia untuk Coney A&W yang terkenal, seperti Buttermilk Cheese Coney dan Sichuan Mala Coney.

Ang berkata bahawa menerusi pengiklanan dan promosi, item penawaran baharu dan terhad ini menarik ramai pelanggan dan membuat mereka kembali untuk menikmatinya lagi. Tidak cukup dengan itu, kios dessert A&W baharu dijangka dibuka di pusat beli-belah yang popular tidak lama lagi.

Untuk menjadikan A&W lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, A&W Malaysia merancang untuk menambah bilangan outlet, kemudahan pandu dalam dan kiosk.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×