Personaliti media sosial, Ceddy Ang, berpendapat bahawa pencipta kandungan tidak wajar dihadkan kepada satu bidang sahaja seperti menghasilkan kandungan semata-mata, sebaliknya bebas untuk meneroka cabang lain dalam industri kreatif.

Artikel Berkaitan: Ceddy Ang Kecewa, Dakwa Segelintir Rakan Artis Tak Sokong Single Pertama – ‘Masa Saya Keluar Lagu Mereka Senyap’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ceddy Ang Kesal ‘Influencer’ Pilih Untuk ‘Tidurkan’ Kucing Hidap FIP – ‘Penyakit Ini Sebenarnya Boleh Dirawat’

Asah bakat

Menerusi satu hantaran di Threads, Ceddy menegaskan bahawa setiap individu perlu mengambil serius terhadap kerjaya dan kemahiran yang diceburi dengan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

Orang selalu kata, ‘Content creator itu fokus buat content sahaja, tak payah nak cuba masuk bidang lain, macam muzik atau lakonan’.

Katanya lagi, usaha seperti menghadiri kelas atau latihan agar hasil kerja yang dihasilkan bukan sahaja berkualiti, malah mampu membanggakan diri sendiri.

Tapi sebenarnya, awak sendiri kena ambil kerja dan bakat awak itu dengan serius.

Pergilah ambil kelas atau apa-apa usaha untuk asah kemahiran, supaya hasil yang dikeluarkan itu berkualiti dan awak sendiri bangga dengan kerja awak.

Sumber: Threads