Kisah rumah tangga bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Zainal Abidin semakin menjadi perhatian ramai selepas berlakunya pergaduhan melibatkan kedua-dua isterinya di sebuah restoran mamak di Shah Alam.
Artikel Berkaitan: Isteri-Isteri Bekas Jurulatih Bola Sepak Bergaduh Di Restoran
Artikel Berkaitan: Anak Kongsi Foto Keluarga Tanpa Zainal Abidin, Keluarga Zalina Kecewa Rasa Dikhianati – ‘Penyondol Tak Patut Hidup Bahagia Di Dunia’
Terbaru, anak kepada isteri pertama Zainal Abidin iaitu Zaifiq Zainal memuat naik foto mesra bersama ibunya, Datin Zalina Zaini tanpa kehadiran ayahnya di sisi. Foto tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa mereka adik-beradik memberi sokongan sepenuhnya terhadap ibu mereka.
‘Awak provok saya. Awak aibkan saya..’
Namun siapa sangka, ketika isu tersebut masih lagi hangat diperkatakan, muncul pula satu kontroversi lain melibatkan krisis rumah tangga salah seorang anak lelaki Zainal Abidin. Isu tersebut mula diketahui umum selepas seorang wanita dikenali sebagai Sofia yang dipercayai merupakan isteri kepada Mohd Zaiza Zainal Abidin memuat naik hantaran di TikTok dengan meluahkan masalah yang dihadapi sepanjang perkahwinannya.
Keluarga mentua yang terbaik pernah saya dapat, tapi awak? Ayah kepada anak-anak saya, awak musnahkan harta benda saya, awak provok saya. Awak aibkan saya, ( awak buat akaun aibkan saya), awak mungkir janji. Kalau awak bagi kerjasama, saya tak akan begini.
Saya berdiam diri, awak paksa saya. Awak ancam keselamatan saya. Awak ajar anak-anak untuk memaki hamun saya. Memanggil saya dengan nama panggilan yang keji dan jijik. Sakit sungguh hati ini.
Menerusi perkongsian lain, Sofia mendakwa dia turut dihalang untuk berjumpa dengan anak-anaknya. Luahan tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya terkejut apabila mendapat tahu anak lelaki Zainal Abidin turut mengalami krisis rumah tangga seperti bapanya.
Dalam kesempatan itu, mereka berharap agar masalah yang berlaku dalam keluarga Zainal Abidin serta keluarga anaknya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Video
Sumber: TikTok Sofia Smeth