Gambar sekadar hiasan
Kontroversi perkahwinan bekas jurulatih Liga Super sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila berlaku pergaduhan membabitkan dua isterinya semalam.
Sudah buat laporan polis
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, pergaduhan tersebut dipercayai berlaku di sebuah restoran di Shah Alam disebabkan perselisihan faham.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, kedua-dua pihak telah tampil membuat laporan di balai polis. Difahamkan, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).
Terdahulu, kecoh mengenai perkahwinan kedua bekas jurulatih Liga Super bersama seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.
Sumber: Harian Metro