berita

‘Awak Siapa Sebenarnya?’ – Ramai Selebriti Berang Cara Lelaki Bagi ‘Motivasi’ Kepada Warga Emas

July 29th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di media sosial, rata-rata selebriti meluahkan rasa bengang sebaik sahaja melihat satu video viral yang memaparkan seorang ahli perniagaan terkenal yang didakwa meninggikan suara terhadap seorang warga emas.

Artikel berkaitan: Tak Pakai Pelitup Muka, Lelaki ‘Biadap’ Dengan Warga Emas Dikompaun RM1,500

Artikel berkaitan: ‘Masa Muda Dulu Menyesal Tak?’ – Video Lelaki Biadap, Malukan Warga Emas Bikin Netizen Bengang

Awak siapa sebenarnya?

Awak siapa sebenarnya? Awak tahu ke kehidupan Pakcik tu sebelum ini? Awak di sisinya selama bertahun-tahun yang lepas sehingga awak tahu sejarahnya? Tidak kira apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Apa yang memberi kebenaran untuk awak menilai seseorang di hadapan umum dan dengan bangganya dimasukkan ke instastory? Saya harap ‘Tuhan’ hantar kepada awak mesej ini yang akan membuatkan awak menghubungi saya dan betulkan pemahaman saya ini.

Pelawak dan pengacara Harith Iskander menerusi postingnya di Instagram meluahkan kekecewaan terhadap sikap ahli perniagaan itu seolah tidak menghormati warga emas. Harith berpendapat seharusnya ahli perniagaan itu tidak wajar bertanyakan mengenai kisah silam warga emas tersebut seandainya tidak tahu sejarah atau kehidupan peribadinya. Selain itu, Harith juga meminta pengikutnya memberikan informasi mengenai warga emas tersebut untuk tujuan membantu dan memberi sumbangan kepadanya.

Sumpah kurang ajar kau ni!

Shame on you la dude! Sumpah kurang ajar lah kau ni! Setiap manusia perjalanan hidup dia berbeza. Kau siapa?! Nasib manusia lain-lain ceritanya! Geram betul lah

Sementara itu, pelakon Nadia Brian turut memberi pendapat yang sama. Dia bengang dengan sifat kurang ajar dan biadap yang ditunjukkan oleh ahli perniagaan itu dengan memalukan pakcik di hadapan orang lain. Nadia turut menyifatkan ahli perniagaan tersebut tiada hak untuk menilai kisah silam seseorang.

Kenapa kurang ajar sangat?

Bequk mana la yang biadap dan kuang ajar sangat ni? Semoga Pakcik ni diberikan kesihatan, ketenangan dan sentiasa di dalam rahmat dan perlindungan Allah. “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang- orang yang sombong lagi membanggakan diri” (surah Luqman 31: 18)

Pelakon senior Rozita Che Wan meluahkan rasa bengang selepas menyaksikan video pendek yang tular di media sosial itu. Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta turut mendoakan kesejahteraan kepada pakcik tersebut.

Biar tak jadi jutawan pun tak apa

Biar tak jadi jutawan pun tak apa, tapi jutawan dengan adab, walau miskin atau kaya macam mana pun kita, tetap kena ada rasa hormat pada org tua. Tak perlu malukan depan orang ramai. Bayangkan kalau berlaku dekat ayah kita sendiri macam ni.

Pelakon dan usahawan muda iaitu Zoey Rahman menerusi postingnya di laman Instagram turut rasa kecewa dengan tindakan ahli perniagaan terkenal itu. Zoey menasihati secara umum kepada sesiapa yang ingin menjadi usahawan atau jutawan, biarlah mempunyai adab untuk menghormati orang yang lebih tua.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×