berita

‘Masa Muda Dulu Menyesal Tak?’ – Video Lelaki Biadap, Malukan Warga Emas Bikin Netizen Bengang

July 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Di media sosial viral sebuah video memaparkan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan terkenal yang dikatakan bertindak biadap ketika bertanya tentang kehidupan masa lampau seorang lelaki warga emas.

‘God send me to help you?’

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video pendek itu, ucapan yang disampaikan lelaki ini didakwa kurang sesuai kerana mempertikai masa lalu lelaki warga emas yang berada di hadapannya. Bukan sahaja menjatuhkan air muka warga emas tersebut, cara dia bercakap dengan nada tinggi juga dipertikai netizen.

Umur berapa? Saya tanya betul-betul masa muda dulu menyesal tak tak buat betul-betul. Masa muda dulu menyesal tak banyak main banyak tak buat betul-betul malas. Menyesal tak?

Lelaki itu juga menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia merupakan insan terpilih yang telah dihantar oleh Tuhan untuk membantu mereka semua.

Saya nak tanya korang, korang nak masa tua nanti baru menyesal ke? Pernah tak uols dream one day tak kisahlah you agama apa you pray to God show me the way how I’m going to change my life. Pernah tak?

What if today God send me to you guys. You wish your doa tu Tuhan how to change my life. Today God send me to help you.

Video itu bagaimanapun telah dipadam di akaun Instagram ahli perniagaan tersebut namun sempat disimpan oleh pengikutnya sebelum viral di media sosial.

Sumber: Media sosial

SKIP THIS AD ×