Tunang kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah berkongsi sebuah klip video ketika mereka menjadi tetamu undangan dalam sebuah program baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Shuib Komen Gambar Watie Siap Bagi Emoji Hati, ‘Yang Ini Tak Boleh Swipe, Kena Like’
Artikel Berkaitan: Watie Titip Ucapan Birthday Untuk Anak Shuib -‘Terima Kasih Pilih Aunty Jadi Mummy Awak’
Artikel Berkaitan: Watie Pernah Menangis Baca Komen ‘Jahat’ Netizen – ‘Shuib Banyak Pujuk, Tenangkan …’
‘Simpan sini buat kenangan’
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Watie mendedahkan sebab mengapa dia kelihatan gementar sepanjang program tersebut adalah kerana itu merupakan penampilan pertama mereka secara langsung di televisyen.
Simpan sini buat kenangan.
Banyak benda sebenarnya pertama kali dengan encik tunang ni. Sebab itu tahap gabra tu kadang tak boleh nak bawak bincang dah.
Dalam pada itu, usahawan berusia 35 tahun tersebut turut berkongsi bahawa momen bersama Shuib itu juga adalah sebuah kenangan manis yang tersimpan di dalam telefon bimbit mereka.
Bila scroll punya scroll telefon masing-masing, rupanya ni juga video pertama kami ada untuk momen berdua sweet macam ini.
Jadi dah boleh bayangkan tak gementar tu macam mana?
Awak tak malu kan dah terbawak saya masuk TV?
Terdahulu, Shuib dan Watie selamat bertunang pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di kediaman Watie di Shah Alam dan difahamkan perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 23 Jun depan.
Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011. Namun, Allahyarham meninggal dunia pada Ogos 2021 disebabkan Covid-19.
Sumber: Instagram