
Pelakon Zizie Izette menyifatkan Allahyarham suaminya, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin seorang insan yang baik dan penyayang.
Artikel Berkaitan: Zizie Izette Akui Hilang Arah, Sifatkan Bung Moktar Sebagai Suami & Ayah Yang Baik – ‘Izinkan Saya Bersedih’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jari Sentiasa Gengam Tasbih & Berzikir Perlahan’ – Mohd Shahar Dedah Sisi Bung Moktar Dalam Sidang Parlimen
‘Saya reda’

Menerusi satu komen di media sosial, Zizie menyatakan walaupun dia masih sukar mempercayai pemergian suaminya, namun dia reda dengan takdir dan ketentuan Allah.
Awak terlalu dan terlampau baik sayang. Masih tak percaya awak dah tak ada. Semoga awak tenang dan happy di sana. Saya reda.
Manakala menerusi satu hantaran di Instagram Story, Zizie mengakui pemergian suaminya merupakan kehilangan besar buat dirinya. Namun, dia tetap bersyukur atas 16 tahun kehidupan yang telah mereka lalui bersama.
Terima kasih untuk 16 tahun ini. Kamu bekerja keras untuk semua orang dan kamu sentiasa melakukan yang terbaik.
Kamu berjuang untuk orang di sekelilingmu, bukan untuk diri sendiri. Kamu seorang yang tidak mementingkan diri.
Orang ramai cerita kebaikan arwah

Dalam pada itu, Zizie berkata sejak kebelakangan ini, ramai yang mula bercakap dan berkongsi tentang kebaikan serta jasa arwah.
Ujar Zizie, perkara tersebut membuktikan sifat arwah yang sentiasa merendah diri dan tidak pernah mengharapkan pujian atau balasan atas setiap kebaikan yang dilakukan.
Kini setelah kamu tiada, barulah orang mula berbicara tentang kebaikanmu, pengorbananmu, jasa baikmu.
Aku tidak akan pernah lupa nasihat kamu: “Jika tangan kanan memberi kepada seseorang, tangan kiri pun tidak sepatutnya tahu.” Sembunyikan sedekahmu.
Biarlah kebaikan itu hanya diketahui Allah. Kamu tidak pernah mencari pengiktirafan, semua yang kamu lakukan lahir dari hati.
Menurut Zizie, segala nasihat dan ilmu yang pernah dicurahkan arwah akan terus dibawa dan diwariskan kepada anak-anak mereka yang masih kecil.
Terima kasih untuk segala hikmah dan ilmu yang kamu titipkan padaku.
Aku akan memegangnya, menghargainya dan menyampaikannya kepada anak-anak kita, supaya sebahagian dirimu akan sentiasa hidup dalam diri kami.
Semoga Allah mengampunkanmu, melimpahkan rahmatNya dan menempatkanmu dalam Syurga.
Untuk info, Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada awal pagi Jumaat.
Sumber: Instagram Zizie Izette







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
