![]()
Semalam telah berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2015) yang dihadiri oleh ramai artis popular tanah air. Masing-masing tampil bergaya memperagakan busana yang dipakai.
Pasangan romantis Awal Ashaari dan Scha Alyahya tidak ketinggalan untuk sama-sama menghadirkan diri. Namun Awal dikecam hebat dek kerana membenarkan isterinya memakai dress jarang sehingga menampakkan peha. Betul ke?
Macam-macam komen
![]()
Pengguna sosial media yang kurang senang dengan pakaian yang digayakan oleh Scha ini meninggalkan komen berbaur provokasi. Tidak kurang juga ada yang sekadar memberi pesanan.
![]()
Peka dengan sikap ‘ambil berat’ peminatnya itu, Awal Ashaari tenang menjawab segala kritikan dan meninggalkan beberapa pesanan.
Boleh email personally
![]()
Nampaknya Awal dah belajar dari kesilapan lalu, tidak cepat melatah malah memohon maaf jika foto yang dikongsinya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.
Apa-apa pun doakan yang terbaik buat pasangan ini.








