berita

Awal Ashaari & Keluarga Selamat Di Jepun, Tak Rasa Gegaran Gempa Bumi

January 2nd, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

awal ashaari jepun

Pengacara Awal Ashaari memaklumkan dia dan keluarga berada dalam keadaan selamat di Jepun susulan bencana gempa bumi yang berlaku pada Isnin.

Artikel Berkaitan: ‘Kurus Sikit Je Potong, Kau Ingat Tak Ada Jalan Lain Ke?’ – Awal Ashaari

Artikel Berkaitan: Cristiano Ronaldo Buka Pintu Hotel, Tolong Mangsa Gempa Bumi Di Maghribi

Tak rasa gegaran

Awal Ashaari jepun

Menerusi hantaran di Instagram Story, Awal berkata ketika kejadian berlaku dia dan keluarga sedang menaiki kereta api. Kata pelakon berumur 42 tahun, dia langsung tidak merasai sebarang gegaran namun mengetahui selepas menonton siaran berita.

Beberapa kawasan di Jepun ada gempa bumi tadi dan kami sekeluarga berada di dalam metro (kereta api) semasa kejadian itu berlaku.

Tak rasa apa-apa pun di sini tapi bila kami lihat berita dan video, ia kelihatan agak teruk.

Beberapa orang rakan kami juga dapat rasakan gegaran di dalam bilik hotel mereka.

Alhamdulillah kami sekeluarga okay dan terima kasih kerana prihatin dengan keadaan kami.

Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Awaluddin berkata masyarakat di Tokyo menjalani kehidupan seperti biasa kerana sudah terbiasa dengan bencana itu.

Bapa kepada dua cahaya mata ini juga berdoa agar mereka sekeluarga dilindungi Allah SWT.

Di Tokyo ini semua orang jalani hidup seperti biasa sebab mereka sudah biasa dengan kejadian tersebut.

Harapnya kita dipeliharan dan semoga Allah lindungi kami dan semua yang berada di bumi matahari terbit ini. Insya-Allah.

Pada hari Isnin, gempa yang terbesar mempunyai magnitud 7.6 pada ke dalaman cetek 10 kilometer (km), melanda pantai barat pulau utama Jepun dan menggegarkan bangunan di Tokyo, sekitar 300 km jauhnya.

Menurut laporan BBC, seramai 13 orang disahkah terkorban dalam gempa bumi kuat yang melanda Jepun.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×