berita

Tidak Terlepas Dengan Ujian Rumah Tangga, Awal Ashaari & Scha Al Yahya Ada Cara Sendiri Selesai Masalah

April 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya percaya setiap suami isteri akan diuji dengan cabaran dan halangan tertentu yang adakalanya menghadirkan konflik serta salah faham. Malah, mereka berdua tidak terlepas berdepan perkara tersebut.

Artikel berkaitan: Suami Tergamak Buang Mayat Isteri & Bayi Di Ladang Tebu

Artikel berkaitan: ‘Suami Pesan Awal Jangan Komen’ – Neelofa Dinasihati PU Riz Untuk Tidak Ulas Isu Rumah Tangga Selebriti

Artikel berkaitan: [VIDEO] Isu Berbaik Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Minta Netizen Jangan Salah Tafsir Kenyataan

Scha kawal emosi bila gaduh

Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 39, setiap kali rumah tangganya diuji, dia memilih untuk berkomunikasi dan selesaikan dengan cara baik. Malah dia sentiasa berpesan kepada diri sendiri untuk mengawal emosi agar masalah tidak bertambah serius.

Saya dan Awal sendiri tidak lah selalu berbunga-bunga, kami juga ada ujian kami, kami ada aib masing-masing. Saya selalu ingatkan Awal, walau apa pun terjadi di masa depan, saya sentiasa ingatkan diri sendiri untuk kawal sebaik mungkin daripada masalah menjadi besar.

Semua orang ada ujian, mungkin ini masa mereka (rakan selebriti), masa saya dan Awal pun tak tahu, saya yakin setiap yang berlaku ada sebab, hikmah Allah sahaja yang tahu.

Siapa je tak pernah bergaduh, saya dan Awal kami mempunyai karakter yang sangat berbeza, pemikiran berlainan dan banyak lagi. Jadi apabila kami diuji dengan masalah atau ada salah faham, saya selalunya akan tanya dia, kami berkomunikasi untuk selesaikan.

Scha berkata demikian ketika dia dan suami ditemui pada majlis Screening Raya Astro 2023 yang diadakan di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia turut mendapatkan pandangan daripada keluarga dan orang yang dipercayai untuk berkongsi masalah tersebut.

Kalau boleh, cuba diam dulu, kadang-kadang saya minta pendapat keluarga juga. Ambil pandangan dan borak dengan orang yang betul-betul kita percaya. Ambil input mereka. Tidak banyak, sedikit pun kita dapat berkongsi dan luahkan masalah. Insy-Allah keadaan diri akan bertambah baik.

Awal keluar rumah untuk bertenang

Sementara itu, menurut Awal atau nama lengkapnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, dia memilih untuk keluar seketika daripada rumah untuk bertenang kerana dikhuatiri sifat baran yang ada pada dirinya akan memburukkan lagi keadaan.

Saya pula suka berdiam diri dulu untuk tenangkan keadaan dan berfikir. Saya akan keluar rumah seketika kemudian bila dah reda saya akan balik rumah. Sebab saya tahu, saya jenis yang panas baran, kalau perkara itu (pergaduhan) terjadi saya risau sikap panas baran saya akan memburukkan keadaan lagi.

 

SKIP THIS AD ×