berita

Awal Ashaari Teruja Sambut Raya Dengan Scha Al-Yahya

August 1st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Jika kita lihat, ramai selebriti yang mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Antara selebriti-selebriti yang telah pun selamat bernikah pada tahun ini termasuklah Fasha Sandha, Irma Hasmie, Lisa & Yusry, Ana Raffali, Azza Elite dan juga Awal & Scha.

Semalam, bertempat di One World Hotel, Damansara, OHBULAN! sempat menemui Awal Ashaari yang datang bersama Scha Al-Yahya di majlis berbuka puasa bersama Astro Shaw. Dalam pertemuan itu, Awal sempat memberitahu kami persiapan-persiapan mereka berdua selepas bergelar suami isteri.

“Awal sebenarnya sangat teruja untuk menyambut Syawal pada tahun ini. Namun begitu, dalam keterujaan ini, Awal sebenarnya gementar juga,” ujar Awal memulakan perbualan.

“Apa tidaknya, sebenarnya Scha mempunyai sebuah keluarga yang besar. Jadi Awal akan beraya bersama mereka dan ini merupakan satu perkara yang baru buat Awal.”

Ditanya apakah persiapan-persiapan yang sudah pun disiapkan untuk menempuh Syawal pertama bersama Scha, Awal menjelaskan, “Untuk tahun ini, Scha yang menguruskan segalanya tentang persiapan raya, manakala Awal pula akan mengendalikan dimana lokasi kami akan beraya.”

Tambah Awal lagi, “Baju raya Awal sendiri pada tahun ini ada 3 pasang dan semuanya telah dipilih oleh Scha. Langsir pun telah dipasang di rumah Awal dan ini juga merupakan perkara baru bagi Awal kerana sebelum ini hanya rumah bujang saja, jadi Awal tak pakai langsir.”

Jadi, anda bagaimana pula? Sudah membuat persiapan untuk sambutan raya tahun ini?

SKIP THIS AD ×