berita

‘Awalnya Bagi Puting’

September 5th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Genap pada hari ketujuh dilahirkan, Sharnaaz Ahmad dan isteri mengumumkan nama penuh bayi yang sebelum ini dipanggil dengan gelaran Baby J. Menerusi Instagram, Sharnaaz memberitahu putera sulungnya itu diberi nama Jebat Jayden Ahmad B. Sharnaaz Ahmad.

Artikel berkaitan : ‘Kalau Nora Ada NeyNey, Sharnaaz Ada JeyJey’ – Sharnaaz Ahmad Umum Nama #BabyJ

Namun, ramai yang mempersoalkan tindakan pasangan ini yang memberi puting kepada anak seawal tujuh hari.

Foto baby J jadi perhatian

Baby J dah ready nak masuk office hari ni! ?

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Gambar yang dimuat naik Noor Nabila ini mula menjadi perhatian dek kerana puting yang diletakkan di mulut bayi. Ada yang berpendapat puting tidak sesuai bagi bayi yang baru beberapa hari dilahirkan. Malah, netizen juga bimbang akan memberi kesan kepada kedudukan gigi anak apabila besar kelak.

‘Awalnya bagi puting’

Pengalaman ibu beri anak puting

Walaubagaimanapun, ada juga yang menegaskan bahawa pemakaian puting tidak salah. Kajian ada menjelaskan pemakaian puting adalah salah satu cara untuk menenangkan bayi terutamanya bayi yang cepat gelisah dan sering menangis tanpa diketahui sebab.

Selain itu, Dr. Cathryn Tobin, MD, seorang ahli paediatrik dan penulis buku The Lull-A-Baby Sleep Plan menjelaskan bahawa perbuatan menghisap ini akan merembeskan hormon daripada otak yang membantu melenyapkan rasa stres.

Sumber : Noor Nabila

The following two tabs change content below.