
Usahawan, Noor Nabila mengakui lebih selesa memberi layanan kepada anaknya, Jebat Jayden seperti orang dewasa dalam mendidiknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beza 10 Tahun Dengan Ameer, Noor Nabila Anggap Umur Tak Patut Dijadikan Ukuran – ‘Kematangan Lebih Penting’
Artikel Berkaitan: Noor Nabila Bakal Kahwin Dengan Ameer Aiman Tahun Ini – ‘Tengah Buat Persiapan’
Spontan

Ketika ditemui OhBulan!, Nabila, 41, menyifatkan Jayden sebagai seorang yang spontan, malah sikap itu yang mendorongnya untuk memberi penjelasan kepada setiap persoalan yang diajukan.
Jayden seorang yang spontan. Kita kena layan dia seperti orang dewasa.
Bila bercakap dengan dia, saya kena beri penjelasan walaupun saya ada terfikir ‘Dia ni faham ke?’ tapi saya tetap terangkan kepadanya.
Nabila berkata demikian selepas ditanya mengenai reaksi orang ramai yang gemar melihat telatah anaknya pada majlis pelancaran susu pisang jenama Nilofa di sebuah kafe di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Nabila berkata anak tunggalnya itu bijak memahami dan menyerap sesuatu maklumat dengan cara yang matang.
Contoh macam saya pasang solar, dia tanya kenapa pasang solar saya jelaskan sebab macam mana solar berfungsi dan dia ingat.
Jayden seorang budak yang absorb sesuatu perkara secara matang. Kadang-kadang sebab itu dia beri jawapan yang luar jangkaan.
Terdahulu, Jayden menjadi perhatian ramai apabila sering memberikan jawapan di luar jangkaan setiap kali ditanya mengenai sesuatu perkara.







