
Seorang individu tampil mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual bapa kandung sendiri sejak di zaman persekolahan.
Artikel Berkaitan: Pengasas Perfume Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Pekerja?
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Saksi Wanita Jadi Mangsa Gangguan Seksual Di Pusat Rawatan
Gangguan seksual
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu berkenaan mendakwa bapanya melakukan gangguan seksual seperti mengintai ketika mandi, menyelak pakaian serta meraba ketika dia sedang tidur.
Menurut individu terbabit, bapanya banyak membantu dari segi kewangan namun dia mengesyaki bapanya mempunyai masalah ketagihan seks susulan sejarah kecurangan terhadap ibunya.
Ayah saya melakukan gangguan seksual terhadap saya sejak sekolah menengah sehingga saya keluar dari rumah untuk melanjutkan pengajian di universiti. Alhamdulillah, gangguan tersebut tidak sehingga bersetubuh.
Dia cuma selalu mengintai saya ketika mandi, menyelak pakaian dan meraba saya ketika saya sedang tidur.
Dia tetap ayah saya dan saya rapat dengannya. Cuma saya tidak pernah selesa untuk berada terlalu dekat secara fizikal. Saya tidak pernah memeluknya.
Ayah banyak menanggung keperluan kewangan saya dengan baik.
Cuma, saya rasa dia mempunyai masalah ketagihan seks kerana sejak kecil saya melihat dia beberapa kali berlaku curang terhadap ibu saya dan kini dia juga sudah berpoligami.
Susulan daripada itu, wanita berkenaan memaklumkan dirinya berdepan dilema untuk menceritakan perkara tersebut kepada teman lelakinya yang bakal dinikahi pada Januari 2027.
Menurutnya, dia bimbang bakal suami akan memandang bapanya secara berbeza sekiranya mengetahui perkara sebenar.
Saya bakal berkahwin pada Januari 2027 dan akan bertunang pada Oktober 2026.
Perlukah saya beritahu teman lelaki saya sekarang? Saya tak mahu dia melihat ayah saya secara berbeza kerana nanti ayah yang akan nikahkan kami.
Sumber: Threads @herstrulyz_