Foto: Berita Harian
Debaran para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 berakhir apabila keputusan peperiksaan diumumkan pada hari ini.
Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Menteri Pendidikan Cemerlang, Peroleh 9A Dalam SPM
Artikel Berkaitan: Pelajar SPM Kecewa Ibu Tak Puas Hati Dapat 12A, Siap Tanya – ‘Kenapa Sikit Sangat A?’
‘Abah akan bangga..’
Menerusi ciapan di Twitter, abang kepada salah seorang pelajar SPM 2022 mengucapkan tahniah kepada adiknya yang berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan.
Lebih membanggakan apabila adiknya yang digelar sebagai Achik itu juga dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang di sekolahnya.
Alhamdulillah, Achik berjaya meraih keseluruhan A dalam keputusan SPM 2022 dan mendapat anugerah pelajar terbaik Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH).
Paling yang menyayat hati adalah apabila abang pelajar tersebut mendedahkan bahawa mereka kehilangan figura seorang ayah sebulan sebelum adiknya menjawab peperiksaan SPM dan itu merupakan satu ujian yang berat baginya.
Abah meninggal sebulan sebelum Achik jawab SPM. Dia terpaksa menempuh ujian besar ini dalam kedukaan.
Bagaimanapun, pada hari ini Achik membuktikan bahawa dia mampu meraih kejayaan walau terpaksa menanggung kerinduan terhadap bapanya.
Dan dia menang. Abah pasti akan bangga dengannya.
Sekadar info, seramai 10,109 daripada 373,974 orang calon memperoleh keputusan semua A dalam SPM 2022.
Sumber: Twitter