berita

Ayash Affan Negatif Covid-19, Shuib Cari Maid Baru – ‘Selama Ini Hal Rumah Siti Sarah & Bibik Uruskan’

August 12th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelawak Shuib akui masih sedang membiasakan diri meneruskan kehidupan bersama anak-anak tanpa isteri tercinta, penyanyi Allahyarham Siti Sarah.

Artikel Berkaitan: Shuib Termenung Fikir Pasal Susu Anak, Syatilla Melvin Ada Tawar Diri – ‘Saya Nak Kena Tanya Ustaz Dahulu’

Tersasul panggil nama bibik

Menurut Shuib, 36, akibat sudah terbiasa dengan kehadiran pembantu rumah, dia telah tersasul menyebut nama semalam ketika sedang menguruskan pakaian anak-anak. Namun, hakikatnya beliau sudah meninggal dunia.

Saya rasa banyak sangat yang janggal. Selama ini hal rumah atau anak-anak, Siti Sarah dan bibik yang uruskan. Sampai nak cari baju anak pun saya terpanggil bibik. Padahal bibik saya pun dah meninggal dunia.

Saya tengah mencari bibik baru, kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya.

Tambah pemilik nama Shahmira Muhammad, selepas ketiadaan Siti Sarah, anak-anaknya menjadi seorang yang mudah mendengar kata.

Bagaimanapun katanya, kerinduan terhadap Siti Sarah tetap ada kerana mereka pernah bertanya soalan ‘cepumas’.

Anak-anak jadi ikut cakap. Mereka faham ibu sudah tiada dan tidak balik ke rumah lagi. Sekali saya cakap misalnya suruh solat terus mereka lakukan. Kalau tidak, dulu nak suruh mandi pun berjam jam.

Tapi, sesekali mereka akan bertanya juga soalan mengenai ibunya. Paling membuatkan saya tersentuh apabila mereka menyatakan kerinduan terhadap ibu. Luahan itulah yang membuatkan saya ‘koyak’. Insya-Allah, saya akan kuat dan cuba untuk jadi kuat.

Ayash Affan negatif Covid-19

Bercerita mengenai anak keempatnya, usahawan terkenal ini menyatakan baby Ayash Affan disahkan negatif selepas dua kali melakukan ujian calitan.

Dalam pada itu, pelakon drama Jin & Sudin berharap agar Ayash Affan terus menunjukkan perkembangan yang baik dan dibenarkan pulang ke rumah dalam masa sebulan lagi.

Alhamdulillah, selepas dua kali melakukan ujian calitan, Ayash negatif Covid-19. Harap ujian calitan kali ketiga nanti juga keputusannya turut negatif.

Kalau tiada sebarang masalah, insya-Allah Ayash boleh pulang ke rumah dalam masa sebulan lagi. Abang dan kakaknya juga sudah banyak kali bertanya bila mereka boleh berjumpa dengan adiknya.

Shuib ditemui ketika majlis bacaan tahlil secara maya hari ketiga buat Siti Sarah yang diketuai oleh Ustaz Fakhrul UNIC dan bacaan doa daripada Ustaz Tarmizi Abdul Rahman diikuti tazkirah oleh Ustaz Shahrizan.

Terdahulu, Siti Sarah yang hamil lapan bulan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada Isnin selepas melahirkan anak keempat dalam keadaan ditidurkan impak positif Covid-19 dan paras oksigen dalam badan yang tidak stabil.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Sumber: Instagram @shuibsepahtu

SKIP THIS AD ×