Pelawak dan usahawan Shuib, 36, akui sudah mula terfikir bagaimana untuk menjaga anak-anaknya terutamanya bayi Ayash Affan selepas kehilangan isteri tercinta, Allahyarham penyanyi Siti Sarah.
Artikel berkaitan: ‘Pagi Ni Dia Dah Buka Mata’ – Shuib Syukur ‘Ayash Affan’ Dah Stabil, Mohon Netizen Jangan Henti Doa
Artikel Berkaitan: Shuib Tangguh Hasrat Jumpa Ayash Affan Atas Saranan Pihak Hospital
Dia suruh saya yang jaga baby
Akui Shuib, dia termenung memikirkan susu apa yang akan diminum bayinya sejurus dibenarkan pulang ke rumah.
Katanya lagi, arwah isterinya juga pernah menyuarakan hasrat mahu dirinya yang menjaga anak bongsu mereka.
Pagi tadi bangun tidur… termenung kejap. Terfikir kalau baby dah balik rumah, dia nak minum susu macam mana.
Teringat kata-kata arwah… dia suruh saya yang jaga baby sebab tak nak bersengkang mata.
Sebab tiga orang anak kami, memang dia yang banyak jaga. Masa itu terfikir kalau tak larat, dia masih ada. Tapi rupa-rupanya memang betul saya kena jaga seorang diri.
Memang fasal susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata baby minum susu tepung tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu dah soalan cepumas… susu siapa pula nak bagi.
Ramai orang yang tawarkan termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada. Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa… nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu.
Doktor cuba dapatkan gambar & video baby
Dalam pada itu, Shuib menyatakan pegawai perubatan akan berusaha untuk mendapatkan gambar dan video anaknya untuk ditatap memandangkan keadaan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berisiko tinggi Covid-19.
Sepatutnya hari ini dapat berjumpa tapi lebih kurang 11 pagi tadi pengarah HCTM hubungi saya beritahu kata dah berbincang dengan doktor lain… keadaan di sana tidak sesuai sekarang sebab risiko Covid-19 tinggi.
Untuk lebih selamat, dia terpaksa tunda lagi. Tapi dia tetap akan cuba dapatkan gambar dan video baby. Anak-anak pun dah tanya bila dapat tengok, saya lagi la nak tengok baby.
Alhamdulillah keadaan dia stabil dan berat dia pun dah lebih 1.8 kilogram. Cuma waktu sekarang tidak sesuai untuk ambil gambar, doktor bimbang saya akan sedih.
Tapi doktor akan cuba untuk ambil gambar baby. Insya-Allah dalam sebulan lebih lagi, baby mungkin akan balik ke rumah lagi.
Majlis bacaan tahlil secara maya hari ketiga buat Siti Sarah yang diketui oleh Ustaz Fakhrul UNIC dan bacaan doa daripada Ustaz Tarmizi Abdul Rahman diikuti tazkirah oleh Ustaz Shahrizan.
Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin.
Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat.
Pada hari sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin namun pada Ahad malam Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sumber: Instagram @sitisarahraissuddin, @samtilla