Minggu ini kita dikejutkan dengan berita penceraian lagenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin dengan isteri keduanya yang juga merupakan penyanyi, Fyna Jebat.
Terbaru, kakak kepada Fyna, Ayda Jebat tampil memberikan responnya selepas ditanyakan mengenai penceraian adiknya itu.
Artikel Berkaitan: ‘Ayah Sudah Ceraikan Fyna Jebat’ – Anak Zainal Abidin
Artikel Berkaitan: Zainal Abidin & Fyna Jebat Sudah Dua Minggu Bercerai, Punca Kedua Isteri Tiada Persefahaman
Ayda Jebat tidak mahu masuk campur
Memetik laporan Harian Metro, penyanyi dan pelakon berusia 31 tahun itu enggan masuk campur dan memberikan sebarang komen mengenai isu rumah tangga adiknya itu dan meminta pihak media untuk tidak bertanyakan perihal itu kepadanya.
Jangan tanya saya. Tanya tuan badan. Penat nak menjawab. Asal kes mereka saja, saya yang dicari.
Terdahulu, tularnya berita mengenai penceraian Zainal dan Fyna melalui satu kenyataan dikeluarkan anak perempuan Zainal bernama Zahira Aisyah yang mempertikai satu hantaran di Instagram yang mengatakan bahawa Fyna dan ibunya, Datin Zalina Zaini sudah berdamai apabila dikatakan boleh duduk semeja.
Perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Zahira yang turut mendedahkan bahawa bapanya dan Fyna sudah pun bercerai.
Difahamkan juga, pasangan sensasi ini sudah pun bercerai kira-kira dua minggu lalu.
Untuk info, Fyna dilaporkan sudah bernikah dengan Zainal dan menjadi isteri keduanya pada bulan Januari yang lalu namun, tiada butiran lanjut perkahwinan tidak didedahkan kepada umum.
Sumber: Harian Metro