Nama bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan dan penyanyi Fyna Jebat menjadi bualan ramai selepas Zahira Aisyah membuat pendedahan dengan mengatakan rumah tangga bapanya dengan isteri muda sudah berakhir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fyna Jebat Boleh Duduk Makan Semeja Dengan Madu
Artikel Berkaitan: ‘Ayah Sudah Ceraikan Fyna Jebat’ – Anak Zainal Abidin
Dah bercerai dua minggu
Memetik laporan Harian Metro, saudara terdekat Zainal mengesahkan pasangan itu sudah bercerai sejak dua minggu lalu.
Menurutnya, punca penceraian pasangan itu adalah disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.
Apa yang dikongsikan anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu.
Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai.
Sebelum ini, anak kepada Zainal menulis di ruangan komen Instagram (IG) dengan menyatakan bapanya sudah pun menceraikan Fyna .
Sumber: Harian Metro