berita

Ayie Floor 88 ‘Pejam Mata’ Bayar Harga Tiket Mahal Pulang Ke Sabah

April 26th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Vokalis Floor 88, Ayie berkongsi tentang persiapan raya yang berbeza pada tahun ini dengan kehadiran anak sulungnya.

Artikel Berkaitan: ‘Persiapan Kami Sudah 30%’ – Ayie Floor 88 Teruja Bakal Kongsi Pentas Bersama Wali Band

Artikel Berkaitan: Isteri Ayie Floor88 Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Persiapan raya berbeza

Pemilik nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah berkata perasaan dia dan isteri sedikit berlainan tidak seperti sambutan sebelum ini kerana pertama kali beraya sebagai ibu bapa.

Persiapan raya tahun ini berbeza sedikit sebab dua tahun lepas saya beraya seorang, tahun lepas pula raya berdua bersama isteri jadi tahun ini kita beraya bertiga.

Persiapan tu berbezalah dari segi terutamanya bajet kita keluarkan kos untuk beli baju raya anak, beli baju raya isteri dan sebagainya. Seronoklah sebab banyak pengalaman baharu bila dah ada seorang anak.

Ayie berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan Rusa Music dan MVM Production.

Tiket mahal

Penyanyi berusia 26 tahun ini turut mengakui bahawa tiket penerbangan ke Sabah sangat mahal, namun dia tetap menempah penerbangan ke sana untuk meraikan raya bersama keluarga.

Tahun ini beraya di kampung saya di Tawau, Sabah. Tiket penerbangan memang mahal, saya beli masa puasa hari ketiga dan terkejut sangat dengan harga.

Apa yang boleh saya katakan kalau nak beli tiket ni kita kena beli awal. Macam saya jadual saya tak tentu, jadi kena tengok jadual penerbangan betul-betul.

Misal kata raya awal saya akan beraya di rumah mentua dahulu baru esoknya ke Sabah. Saya akan ada di Sabah seminggu lebih, kerana kali terakhir balik untuk majlis cukur jambul anak. Jadi ini kali kedua anak jejak kaki ke Sabah.

Dalam pada itu, ketika diajukan soalan tentang perancangan untuk memiliki cahaya mata yang seterusnya, pelantun lagu Hutang itu berkata dia dan isteri belum bersedia berikutan faktor kesihatan isteri.

Belum ada perancangan lagi, sebab isteri saya melahirkan anak melalui pembedahan jadi kena tunggu selama tiga tahun dahulu baru boleh ada anak seterusnya.

Sekadar info, Ayie dan Tasha mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2020 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

SKIP THIS AD ×