Penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie Elham, 29, berkongsi detik istimewa apabila mengumumkan jantina anak keduanya bersama isteri tercinta dan anak tersayang dengan menggunakan paparan ‘billboard’ gergasi di tengah Bukit Bintang.

Artikel Berkaitan: Ayie Floor 88 Tolak Undangan Solo, Utamakan ‘Job’ Berkumpulan – ‘Daripada Saya Makan Sorang, Baik Bahagi Sama Rata’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayie Floor 88 Sedih Cerita Fasal Adik ‘Down Syndrome’ – ‘Saya Pantang Bila Orang Sentuh Keluarga’

Momen manis rai kehadiran bakal cahaya mata

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ayie bersama isteri dan anak perempuannya dilihat tersenyum gembira saat ‘billboard’ tersebut memaparkan pengumuman bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan.

Ya ya ya it’s girl. Bertambahlah sorang lagi ‘drama queen’ aka Tasha Awie 3.0! Hahaha good luck to me nak melayan 3 perempuan kali ni.

Ayie turut meluahkan rasa teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata barunya itu dengan menulis di ruangan kapsyen:

Can’t wait to meet the little one who’s half of me and half of you.

Momen istimewa itu nyata mencuri perhatian ramai apabila rata-ratanya kagum dengan cara kreativiti Ayie mengumumkan jantina anak keduanya menggunakan paparan ‘billboard’ di tengah-tengah Bukit Bintang.

Detik itu turut mencerminkan kebahagiaan keluarganya yang bakal menyambut cahaya mata baharu tidak lama lagi.

Sumber: Tiktok