berita

‘Azal Jadi Reporter Lah’ – Anak ‘Dakwa’ Artis Langgar SOP Wedding, Zarina Zainuddin Minta Maaf

April 22nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Anak kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal Azrai mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik beberapa foto selebriti yang didakwa melanggar SOP ketika menghadiri majlis pernikahan pengacara terkenal, Neelofa dan PU Riz. Azal yang juga anak Autisme dipuji dan disokong netizen yang menyifatkan tindakan itu berani.

Artikel berkaitan: Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Nikah Neelofa

Artikel berkaitan: Polis Cadang Neelofa, PU Riz Dikenakan Kompaun

Terbaru, Zarina Zainuddin menerusi laporan Harian Metro, memohon maaf secara terbuka kepada barisan artis berkenaan sekiranya mereka tersinggung dengan tindakan anaknya itu.

‘This is suspect of Malaysian artist..’

Dalam posting kapsyen tersebut kelihatan ditujukan kepada selebriti Izara Aishah, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Hannah Delisha yang telah hadir ke majlis berkenaan didakwa tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial.

Ini adalah artis Malaysia yang menjadi suspek dan hadir ke majlis perkahwinan Neelofa antaranya Izara Aishah, Adib Khalid, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Hannah Delisha bersama suami yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan sosial dan fizikal serta melanggar SOP!

Sementara itu, di ruangan komen kelihatan ibunya, Zarina Zainuddin menegur dalam nada gurauan turut mencuri tumpuan pengikut di laman Instagram.

Aduh dia jadi polis pula. Dah tak ada kerja lain ke menyibuk hal orang. Azal jadi reporterlah dapat gaji.

Dah macam wartawan pula

Sementara itu, Zarina Zainuddin memohon maaf kepada rakan artis yang mana nama mereka ‘dipetik’ dalam posting dimuat naik oleh anaknya itu. Pelakon ini juga bimbang sekiranya rakan artis tersebut tersinggung dengan tindakan Azal.

Saya pun perlu menjaga hati orang dan sebagai manusia, saya juga ada melakukan kesalahan. Kadang-kadang, kita terlepas pandang. Dia sendiri yang mengendalikan akaun Instagram itu dan Azal memang anak yang jujur. Dia tak tahu nak cakap berpusing-pusing. Dia suka tengok berita dan tahu banyak perkara mengenai isu semasa. Dah macam wartawan pula.

Saya kadang-kadang sibuk dengan urusan kerja dan tak sempat nak memantau. Jadi, kalau ada benda yang dirasakannya tak betul, dia akan cakap secara terus.

Dia sendiri sangat menjaga SOP. Dalam begnya ada banyak cecair pembasmi kuman dan selalu bawa banyak pelitup muka. Kalau masuk ke pusat beli-belah, dari pintu masuk hingga ke semua kedai, dia akan imbas kod MySejahtera dan suhu badan. Kadang-kadang, saya pun dia ingatkan supaya menjaga jarak fizikal, selalu memakai pelitup muka dan jaga SOP.

Sumber: Azal_Azrai, Harian Metro

SKIP THIS AD ×