berita

Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Nikah Neelofa

March 28th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan pengacara terkenal iaitu Noor Neelofa bersama Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Pasangan itu telah sah menjadi pasangan suami isteri tepat jam 11:45 pagi dengan hanya sekali lafaz.

Artikel berkaitan: ‘Saya Serahkan Kepada Allah’ -Neelofa

Artikel berkaitan: Tahniah! Neelofa, PU Riz Sah Suami Isteri

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya namun, ada pula sesuatu yang tidak kena. Majlis berkenaan dikatakan telah melanggar SOP perkahwinan seperti mana disarankan pihak kerajaan sebelum ini.

Kertas siasatan dibuka

Memetik laporan Harian Metro, setelah menerima aduan dan laporan ramai pihak, polis telah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran majlis pernikahan itu. Pihak polis bagaimanapun akan memanggil penganjur majlis berkenaan bagi membantu siasatan berkaitan pematuhan SOP.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) setelah menerima aduan apabila didapati kehadiran tetamu didakwa melanggar SOP.

Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×