
Pelakon, Azar Azmi memilih untuk tidak mengulas lanjut berkenaan isu tuntutan hutang berkaitan dirinya dan juga abang kepada usahawan, Siti Jamumall iaitu Abiejam.
Artikel Berkaitan: Abiejam Tuntut Azar Azmi Bayar Hutang RM15K, Dakwa Tertunggak 6 Tahun – ‘Saya Mesej Tak Balas Sampai Sekarang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Anak-Anak Tiri Masih Ada, Buat Apa Saya Nak Kena Jaga?’ – Azar Azmi
Tetap akan lunaskan hutang

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi, 37, berkata dia akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan untuk menentukan cara penyelesaiannya.
Isu itu saya tidak mahu cerita apa-apa. Biar wakil dari pihak saya yang selesaikannya kerana isu itu mungkin boleh membawa ke arah positif dan negatif.
Biar wakil dari pihak saya jumpa dengan orang yang sepatutnya.
Saya kenal dia.
Sementara itu, pelakon drama Nur 2 itu berkata dia tetap akan melunaskan segala hutang yang dikaitkan namanya.
Katanya, dia tidak mahu timbul sebarang perasaan tidak selesa kerana perkara itu melibatkan dirinya, walaupun dia bukan pelakunya.
Seperti yang saya cakap sebelum ini, kalau ada apa-apa hutang memang saya akan langsaikan waima apa sekalipun.
Sama ada ia mengambil masa bertahun pun, saya akan tetap selesaikan hutang.
Kalau boleh sebelum saya tutup mata. Saya tidak mahu tinggalkan apa-apa hutang walau satu sen.
Walaupun benda itu bukan saya yang buat tapi saya dikaitkan dan disebabkan itu saya tidak mahu ada yang rasa hati yang tidak seronok.
Terdahulu, Abiejam mendakwa Azar gagal melangsaikan hutang sebanyak RM15,000 sejak enam tahun lalu.
Abiejam atau Mohd Khairul Nizam Wahiddin mendakwa wang tersebut diberikan bagi membantu Azar memulakan perniagaan termasuk menyediakan barangan dan sokongan untuk siaran langsung.








