
Pelakon, Azar Azmi menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya mengikat jamin suaminya, Mohd. Apri Hazreen menggunakan wang pemberian usahawan dan pempengaruh, Datuk Seri Aliff Syukri sebanyak RM40,000.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Anak-Anak Tiri Masih Ada, Buat Apa Saya Nak Kena Jaga?’ – Azar Azmi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi Dedah Setuju Kahwin Dengan Suami Tanpa Bercinta – ‘Saya Hanya Serah Hati’
Tak boleh bayar ikat jamin

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi, 37, berkata mengikut perintah mahkamah, isteri dan ahli keluarga tidak dibenarkan untuk mengikat jamin suami sendiri.
Tanya orang itu, dia berjumpa dan bercakap dengan siapa. Selagi tak keluar daripada mulut saya, itu bukannya dari saya.
Orang yang di luar yang komen-komen ini mereka boleh tulis dan cakap apa sahaja dan saya sebagai manusia biasa tidak mampu untuk menutup kata-kata manusia.
Mereka nak taip apa benda sekali pun, saya tak boleh nak kawal benda itu melainkan kereta mainan kawalan yang boleh dikawal.
Azar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Media Prima pada Khamis.
Ketika ditanya mengenai penglibatan suaminya dalam kes penipuan wang, Azar berkata dia tidak menyedari sebarang perkara yang mencurigakan.
Saya memang tak tahu (dakwaan penipuan duit) sebab apa yang saya nampak pada mata saya dia keluar pergi kerja macam orang lain.
Kalau dia balik lewat, dia akan cakap dia luangkan masa dengan anak dia. Tiada kemewahan.
Menunggu duit hujung bulan. Tak ada keistimewaan lain
Sementara itu, pelakon drama Nur 2 itu juga menjelaskan wang pemberian Aliff itu akan digunakan untuk melangsaikan semua hutang suami yang dianggarkan berjumpa ratusan ribu ringgit.
Duit RM40,000 yang dapat dari Datuk Aliff Syukri saya gunakan untuk melangsai hutang. Kesemua hutang, dianggarkan bernilai ratusan ribu.
Sebelum ini, nama Azar menjadi bualan selepas dia dan Mohd. Apri direman serta didakwa di mahkamah atas kes dakwaan penipuan duit.
Bagaimanapun, Azar dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes







