
Isu saman yang diterima pelakon, Rita Rudaini daripada Yang Dipertua MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor turut mendapat perhatian aktor, Azhar Sulaiman.
Artikel Berkaitan: YDP & Naib YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini, Dakwa Digelar ‘Prof Kangkung’ & Gila Jawatan
Polemik MARA

Menerusi hantaran di Facebook, Azhar, 54, berharap Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil memberi penjelasan agar kemelut yang berlaku menemui titik penyelesaian.
Assalamualaikum kepada bos Mara yang kami sayangi. Berdasarkan tinjauan suara saya di media sosial, rata-rata ibu bapa sependapat dengan Rita Rudaini dalam hal pemilihan pelajar-pelajar ke MARA ini.
Mungkin datuk boleh memberikan sepatah dua kata bagi menjernihkan keadaan yang mula menjadi kusut untuk MARA. Terima kasih bos.
Sebelum ini, tokoh akademik yang juga Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar dan timbalannya telah memfailkan saman terhadap Rita selepas notis tuntutan sebanyak RM1 juta tidak dipatuhi.
Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua memfailkan saman tersebut melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates yang diwakili Datuk Adnan Seman pada 6 Disember lalu.
Rita sebelum ini mendakwa wujud kelemahan dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau dikenali sebagai Muafakat di MRSM Sungai Besar, yang dipercayai menjadi punca isu berbangkit ini.
Isu ini terus menjadi tumpuan ramai, terutama dalam kalangan ibu bapa yang mengikuti perkembangan pemilihan pelajar ke institusi MARA.
Sumber: Facebook







