Tokoh akademik yang juga merupakan Yang Dipertua MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor serta timbalannya, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Rita Rudaini, susulan dakwaan fitnah dan notis tuntutan RM1 juta tidak dipatuhinya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rita Rudaini Tak Ikut ‘Membawang’ Hal Fattah Amin & Amira Othman, Netizen Label Wanita ‘Classy’

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Sokong Raja Azura Pertahankan Nafkah Cahaya Mata – ‘Kalau Anak Tak Peduli, Tuduh Mak Yang Hasut’

Saman Rita Rudaini

Pada 6 Disember lalu Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua memfailkan saman terhadap defendan, iaitu Rita menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates yang diwakili Datuk Adnan Seman.

Menurut Adnan, saman tersebut difailkan selepas Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah yang dikongsikan di akaun Instagram, WhatsApp dan di platform media sosial lain.

Antara label fitnah yang dipersoalkan termasuk dakwaan plaintif-plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak professional, ‘prof kangkung’, gila jawatan, penipu, tidak layak memegang jawatan MUAFAKAT serta tuduhan salah urus wang ibu bapa.

Kenyataan tersebut turut mengakibatkan penerbitan artikel sebuah akhbar tempatan yang memetik dakwaan mengenai kepincangan MUAFAKAT MRSM yang diterajui plaintif-plaintif.

Jejas reputasi

Dalam pada itu, Adnan memaklumkan bahawa kenyataan tersebut didakwa telah menjejaskan reputasi terhadap kedua-dua plaintif berikutan aktres berkenaan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di akaun media sosial miliknya.

Justeru plaintif menuntut perintah injunksi, memadam kenyataan fitnah, permohonan maaf secara video selama tiga bulan serta ganti rugi am, teruk, pengajaran, faedah 5% setahun dan kos tindakan.

Kes ini dibawa ke peringkat mahkamah selepas defendan gagal memadam semua pernyataan berbaur fitnah, aku janji tidak menerbitkan pernyataan fitnah, permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM1 juta yang diminta plaintif dalam satu notis tuntutan bertarikh 15 Oktober lalu.

Untuk rekod, kedua-dua plaintif yang mempunyai anak yang sedang mengikuti pengajian di sekolah terbabit merupakan tokoh Pendidikan dan akademik.

Plaintif pertama merupakan pensyarah kanan Universiti Malaya dan ahli beberapa Majlis Agama Islam Negeri manakala plaintif kedua berkhidmat sebagai pensyarah cemerlang Institut Pendidikan Guru cawangan Ipoh, Perak, Munsyi Dewan Bahasa dan Panel Pembangunan Sijil Kemahiran Malaysia.