Pelakon Azhar Sulaiman akur sekiranya anak perempuannya, Kasih Iris Leona ditakdirkan untuk berkongsi kasih kerana poligami.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Putus Tawaran Berlakon, Azhar Sulaiman Berterima Kasih Pada Leona – ‘Dia Punya Pasal Nama Saya Terpalit’
Izin anak bermadu
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Azhar meletakkan empat syarat kepada personaliti media sosial berumur 21 tahun sekiranya ingin berkahwin dengan lelaki yang berstatus suami orang.
Kata Azhar, 52, lelaki berkenaan wajib mempunyai pendidikan bertaraf ijazah, menghormati maruah Leona dan keluarga serta bijak menguruskan hal keluarga tanpa kecoh satu Malaysia.
Nampaknya ramai yang mengata anak perempuan saya akan menjadi bini nombor dualah, nombor tigalah.
Resmi mami (gelaran bahasa diri Azhar) senang. Terima sesiapa saja asalkan ada ‘degree’ (ijazah) dalam pelajaran. Pastikan hormat dan jaga maruah anak perempuan saya serta keluarga kalau calon sudah berkahwin.
Uruskan hal-hal dalaman kamu dengan berhemah dan jangan sampai kecoh satu Malaysia. Akur ajal jodoh di tangan Allah SWT.
Dalam pada itu, pemilik nama Hairi Azhar Sulaiman mendedahkan Leona lebih suka jejaka berketurunan Cina menjadi pilihan hati.
Anak saya suka jejaka Cina. Saya rasa merekalah yang penat nak bimbing kalau terjadi kahwin nanti.
Hasil pemerhatian OhBulan!, hantaran tersebut telah dipadam selang beberapa jam dikongsikan kepada umum.
Sebelum ini, Azhar berterima kasih kepada Leona kerana menjadi penyebab rezeki lakonannya tidak pernah putus selama tempoh setahun.
Kata Azhar, kontroversi yang dilakukan Leona menyebabkan namanya juga terpalit sekali.
Sumber: Instagram