Keluarga pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi sorotan wargamaya terutama anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sering mengundang kecaman kerana berpakaian seksi.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Penat Nasihat Kasih Iris Leona Tapi Makin Menjadi’ – Azhar Sulaiman
Artikel Berkaitan: Tak Melenting Netizen Kecam Leona, Azhar Sulaiman Digelar ‘Coolest Dad’
Saya jadi hot
Tampil berborak di Santai Siang, Buletin FM bersama penyampai radio Marsila Hassan, Azhar berterima kasih kepada Leona kerana menjadi penyebab rezeki lakonannya tidak pernah putus selama setahun ini.
Kata aktor berumur 51 tahun, kontroversi yang dilakukan Leona menyebabkan namanya juga terpalit sekali.
Sejak setahun ini, saya tak berhenti-henti berlakon. Saya rasa kena berterima kasih kepada anak saya, Leona sebab dia punya pasal nama saya terpalit dan saya jadi hot (ketawa).
Rezeki.. Dan saya gunakan media sosial ini untuk kekal berhubung dengan industri dan orang tahu mana nak cari saya. 90 peratus tawaran kerja datang melalui media sosial. Dia hantar mesej dekat Instagram.
Mami hati tisu
Meskipun begitu, pelakon filem Mira Edora akui terasa hati dengan kecaman yang diterima daripada netizen.
Saya manusia biasa jadi tak ada special power. Semestinya saya terjejas tetapi kita cuma kena compose diri. Macam saya seorang pengguna media sosial tegar, jadi saya komen tentang banyak perkara di situ.
Tapi bila sampai ke perkara yang menyentuh keluarga saya macam anak saya suka berpakaian yang sentiasa menyebabkan orang naik darah tinggi.
Dan ramai yang datang menghentam, cakap benda yang kadang-kadang sangat menyakitkan hati.
Bila saya cakap dengan anak saya, boleh tak awak berhenti buat semua ini sebab membuatkan saya juga terkesan. Dia senyap saja. Bila tanya tak baca komen ke? Dia cakap tak. Macam mana saya rawat diri tetapi saya sentiasa ingat ‘this is the price I have to pay.’
Sebelum ini, Azhar mengakui dia sudah ‘jenuh’ menasihati Leona dalam bab pemakaian namun tidak dihiraukan.
Untuk rekod, Azhar dan Chempaka Emalin Pahamin mempunyai dua anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.
Sumber: TikTok