berita

Azharina Terima Anugerah ‘Women Of Inspiration of Sabah Award 2024’

March 11th, 2024 | by Amirul Asraf
OB Eksklusif

Penyanyi, Azharina Azhar meluahkan rasa syukur kerana menerima anugerah Women Of Inspiration of Sabah Award 2024 di Sabah International Convention Center (SICC), semalam.

Artikel Berkaitan: Rezeki Tak Putus! Azharina Syukur Terima Banyak Undangan Show Daripada VVIP, Siap ‘Request’ Lagu Irama Klasik

Artikel Berkaitan: ‘Boleh Ke Ingat Kalau Dah Buat Beribu Persembahan?’ – Azharina Jawab Isu Menipu Tak Pernah Nyanyi Lagu ‘La Bamba’

Hadiah hari jadi

Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan! Azharina berkata, usaha dan penat lelahnya selama ini berhasil apabila berjaya merangkul anugerah tersebut.

Tambah Azharina, anugerah berprestij seperti itu bukan senang untuk diperoleh kerana ia berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh Persatuan Industri Kecil & Sederhana Wanita Sabah (IKSnita).

Ujar pelantun suara ‘Rawan’ ini, dia menganggap pengiktirafan yang diberikan itu sebagai hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna untuk tahun ini.

Kebetulan saya dapat anugerah ini sehari sebelum hari lahir saya yang ke-39 iaitu hari ini (11 Mac). Saya bersyukur sangat. Semua ini rezeki yang Allah bagi dan rezeki anak-anak saya juga. Selama menjadi anak seni, saya melalui pelbagai fasa turun dan naik. Bukan semuanya indah. Namun, saya yakin bahawa setiap percaturan Allah itu ada baiknya.

Bagi saya tahun 2024 ini merupakan masa untuk saya membuka lembaran hidup yang baru dan fokus dalam apa jua saya lakukan. Menjadi seorang yang memberi inspirasi kepada orang lain seiring dengan anugerah yang diterima bukanlah suatu perkara yang mudah. Jadi, saya perlu berusaha dan kerja lebih keras lagi.

Azharina yang ditemani ibu dan adik perempuannya ketika menghadiri majlis tersebut turut berkongsi kata-kata semangat buat usahawan wanita di luar sana untuk terus berjaya.

Buat usahawan wanita di luar sana, teruskan apa yang kamu lakukan. Jangan sesekali patah semangat. Ingat, setiap usaha yang kamu lakukan sekarang, pasti akan mendatangkan hasil. Cuma cepat atau lambat sahaja. Lagi satu, hati sentiasa perlu ikhlas ketika melakukan apa jua pekerjaan.

Di akhir temu bual, OhBulan! sempat bertanya mengenai perkembangan karier Azharina untuk tahun ini. Jelas Azharina, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran muzik video untuk lagu terbarunya. Di samping itu, dia juga mempunyai sebuah lagu lain yang bakal dilancarkan pada tahun ini juga.

Sejak hujung bulan lalu, saya ulang alik Sabah untuk urusan kerja. Alhamdulillah, rezeki tak putus-putus masuk tahun ini. Lebih terharu, baru-baru ini dua syarikat produksi beri tawaran untuk saya berlakon.

Mereka telefon pembantu peribadi saya ketika saya berada di Sabah. Saya terpaksa tolak dengan cara yang baik kerana jadual saya pada waktu itu sangat padat.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×