berita

[VIDEO] Netizen Dakwa Juri & Pihak Produksi GV All Stars ‘Terang-Terang’ Pilih Kasih, Tok Ram Siap Cakap ‘Macam Mana Dia Orang Kira?’

November 20th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Minggu kesembilan program hiburan All Stars Gegar Vaganza, semalam, ternyata mencuri perhatian netizen apabila kedudukan para peserta di segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’ menjadi bahan perbualan.

Artikel Berkaitan: Suara Menjadi Serak & Hampir Hilang, Noryn Aziz Terpaksa Ambil Steroid

Artikel Berkaitan: Hetty Koes Endang Minta Elly Mazlein Suaikan Diri Dengan Rakan Hos – ‘Bila Masuk Rumah Orang, Ikut Cara Mereka’

Juri terang-terang pilih kasih?

Di Tiktok, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati apabila melihat kedudukan kesemua peserta di akhir program berkenaan. Lebih mencuri tumpuan, netizen turut mempersoalkan kredibiliti para juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz serta ‘agenda’ pihak produksi untuk membawa calon kesayangan mereka ke peringkat akhir.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! di ruangan komen, rata-rata netizen berkata Noryn Aziz seharusnya layak ke minggu hadapan berbanding Siti Nordiana dan Aliff Aziz. Manakala, Azharina tidak patut berada di kedudukan tiga terbawah.

Ujar netizen lagi, program berskala besar itu perlu diadili dengan lebih teliti dan bukannya berdasarkan favoritism. Tambah netizen, pertandingan sebegini tidak perlu diadakan seandainya pihak produksi didakwa sudah mempunyai senarai nama finalis ke peringkat akhir.

Menerusi rakaman video semasa sesi sidang media, Tok Ram sendiri dilihat terpinga-pinga ketika membaca markah para peserta terutama untuk Nikki Palikat dan Siti Nordiana.

Nikki Palikat 73.13 wow mana datang 13 tu. Siti Nordiana 63.13, mana datangnya 13. Macam mana dia orang kira.

Netizen mula mendakwa ada sesuatu yang tidak kena apabila ketua juri sendiri boleh mempertikaikan mana datangnya markah sebegitu. Walau bagaimanapun, netizen berharap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi kerana ia boleh menjejaskan imej peserta yang sewajarnya layak mendapat markah dan kedudukan yang jauh lebih baik.

Video

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×