Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz tidak menjadikan usia sebagai penghalang mengenali mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Berada Dalam Hubungan Toksik, Kita Cuba Elak & Keluar’- Azira Shafinaz

Artikel Berkaitan: Azira Shafinaz Pernah Dimarahi Pelakon Senior Sampai Menangis – ‘Saya Dipanggil B*doh’

Lelaki takut nak dekati

Ketika ditemui OhBulan!, Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan, 35, akui sukar untuk didekati ekoran dirinya yang merupakan seorang selebriti.

Tambah Azira, dia bahagia dengan status bujangnya tanpa desakan berkahwin daripada mana-mana pihak.

Saya rasa orang takut nak dekati saya. Kawan-kawan pun cakap perkara yang sama.

Mungkin mereka takut nak tegur sebab saya seorang selebriti. Tapi sebenarnya saya suka berkawan.

Tapi buat masa sekarang, saya bahagia dengan status bujang. Saya tak mahu letakkan perkahwinan sesuatu yang perlu dibuat secara terburu-buru.

Keluarga saya pun memahami. Saya tak mahu buat silap dalam memilih pasangan.

Azira berkata demikian ketika ditemui pada majlis Majlis Rumah Terbuka Tarung, yang berlangsung di Banglo 289, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut tentang ciri-ciri lelaki idaman, Azira memaklumkan bahawa dirinya tertarik kepada lelaki bijak selain sentiasa berikan yang terbaik demi memastikan hubungan dalam keadaan yang sihat.

Saya seorang yang sangat simple. Saya tidak akan buat pendekatan pada mana-mana lelaki sebab saya seorang yang pemalu.

Tapi kalau lelaki itu ada usaha saya suka orang macam itu.

Saya suka lelaki yang bijak. Saya tak menolak jika lelaki itu lebih muda atau berusia.