Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz memaklumkan bahawa dirinya disahkan positif Covid-19, hari ini. Berita tersebut dikongsikan oleh Azira menerusi akaun Instagramnya.
Doakan saya cepat sembuh
Mimpi ngeri akhirnya menjadi kenyataan hari ini. Berat hati untuk saya memaklumkan kepada korang semua bahawa saya baru sahaja menjalani ujian saringan Covid-19 dan hasilnya ialah positif.
Menurut Azira, dia ingin memohon maaf kepada semua pihak yang mempunyai kontak rapat dengannya sejak beberapa hari yang lalu. Azira turut memberi nasihat kepada kesemua kontak rapatnya agar melakukan ujian saringan Covid-19 dengan kadar segera. Pelakon drama ‘Pia’ ini turut memohon doa daripada semua pihak agar dia cepat sembuh dan kembali menjalani penggambaran yang tertangguh.
Ujar Azira, Omicron bukan jenaka. Ini kerana, keputusan PCR pertamanya adalah negatif pada awalnya. Namun, siapa sangka, keputusan PCR kedua bertukar menjadi positif. Tambah Azira, dia berharap semua rakyat Malaysia kekal sihat dan selamat terutama pada masa ini. Azira turut memberi nasihat kepada semua agar sentiasa minum air putih dan jaga diri.
Strong women!
Di ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis memberi ucapan yang positif buat Azira dan mendoakannya agar cepat sembuh. Antara rakan artis yang berjaya mencuri tumpuan netizen di ruangan komen tersebut adalah Sharnaaz Ahmad. Sharnaaz mendoakan Azira cepat sembuh. Menurut Sharnaaz, Azira seorang wanita yang kuat dan dia boleh mengharungi semua ujian ini.
Sumber: Azira Shafinaz