Enggan lagi berdiam diri, pelakon, Azizul Ammar secara terbuka menuntut baki bayaran tertunggak berjumlah RM9,000 daripada sebuah stesen televisyen.

Artikel Berkaitan: Azizul Ammar Mengaku Tawaran ‘Sendu’ Selepas Kontroversi Watson Nyambek – ‘Saya Mesej Produser Untuk Minta Job’

Artikel Berkaitan: Ammar Titan Tak Kisah Dilabel ‘Try Hard’ Untuk Dapatkan ‘Job’ – ‘Saya Tak Kacau Orang & Itu Periuk Nasi Saya’

Baki RM9,000

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ammar, 38, menemui jalan buntu dan kehabisan akal untuk menuntut baki bayaran tersebut.

Saya pun masih ada bayaran tertunggak daripada Awesome TV daripada program MIC ON. Bila nak selesaikan ya? Mesej pemilik stesen langsung tak dibalas.

Aku jenis tak nak klasifikasi manusia ini jatuh kategori apa, tapi korang baca keadaan sekeliling. Entah bila nak selesaikan, hak pekerja pun mereka culas.

Bagi lah apa pun cerita dekat mereka, korang ingat dia peduli ke? Bukan manusia memang perangai begitu.

Dianiaya

Menerusi hantaran sama, Ammar juga dikenali sebagai Ammar Titan turut memaparkan mesej yang dihantar kepada pemilik stesen televisyen tersebut.

Dalam pada itu, Ammar juga mendakwa terdapat selebriti yang sebelum ini menagungkan stesen tersebut akhirnya menimpa nasib sama.

Tapi dulu ada artis yang bukan main jilat bontot, hujung-hujung terkena pada diri sendiri.

Kenapa orang kaya terus kaya? Sebab mereka pentingkan diri sendiri. Aniaya orang, pijak orang dan banyak kabel legal yang hebat.

Sumber: Instagram