Menjadikan isu sensasi seperti pergolakan rumah tangga selebriti sebagai jenaka di atas pentas, Ammar Titan optimis bahawa dia hanya peka terhadap isu semasa.
Artikel Berkaitan: Ammar Titan Tak Kisah Dilabel ‘Try Hard’ Untuk Dapatkan ‘Job’ – ‘Saya Tak Kacau Orang & Itu Periuk Nasi Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Rasa Malu Jadi Ejen Insurans’ – Ammar Titan
Bukan mudah untuk berjenaka
Ketika ditemui OhBulan!, Ammar atau nama lengkapnya Azizul Ammar Abu Hassan menolak dakwaan andai ada pihak yang mengatakan persembahannya tidak sensitif.
Saya hanya peka dengan apa yang sedang berlaku sebab ianya adalah isu semasa. Kumpulan lain komedinya mungkin berbeza-beza tetapi ini cara kumpulan kami.
Komedi ini adalah satu bentuk seni yang susah. Saya selalu letak ‘critical thinking’ sebab saya tahu berkaitan dengan isu semasa dan apa yang tengah berlaku sekarang.
Dalam pada itu pelawak berusia 37 tahun tersebut yakin penonton kini sudah bijak untuk menilai setiap persembahan.
Saya rasa pemikiran penonton sekarang dah bijak sebab itu mereka boleh memahami apa yang kami cuba sampaikan. Tapi tidaklah memainkan isu itu dengan keterlaluan.
Ammar berkata demikian ketika ditemui seusai program Muzikal Lawak Superstar 4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB pada Ahad.
Bercerita lanjut, meskipun berdepan dengan cabaran Ammar tetap menjanjikan persembahan yang lebih baik pada setiap minggu.
Cabarannya adalah nak menjadi yang lebih baik pada hari ini. Penambahbaikan dan betulkan persembahan kami dengan komen yang diberikan oleh juri.
Tidaklah sempurna tetapi setiap ahli kumpulan kami ada kelemahan juga, jadi masing-masing akan saling melengkapi.
Sekadar info, Ammar bergabung bersama Nasz Sally dan Azhar Jalil sebagai kumpulan Bravo yang berentap bersama sembilan lagi kumpulan lain di pentas program tersebut.