berita

Azmi Saat Dapat ‘Baby Girl’, Nama Khalisa Insyirah

November 7th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat meluahkan rasa syukurnya selepas menimang cahaya mata perempuan pada 3.28 petang Isnin.

Artikel Berkaitan: ‘Cuma Kita Kena Belajar Juga, Gurauan Macam Itu Agak Sensitif Di Mata Masyarakat’ – Azmi Saat

Artikel Berkaitan: ‘Saya Akui Kesilapan Sendiri Kerana Tidak Peka & Sensitif’ – Jihan Muse Minta Maaf Persendakan Nama Bapa Azmi Saat

Anak perempuan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Berita gembira itu dikongsikan Azmi Saat atau nama sebenarnya Khairul Azmi Saat menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Alhamdulillah. Pukul 3:28 tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami. Baby dan Ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 36 tahun itu turut mendedahkan nama anak perempuannya.

Baby gebu. Beratnya 3.62 KG. Moga Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Azmi turut mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa yang tidak pernah putus untuk keluarganya.

Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami.

Sekadar info, Azmi dan isteri, Nazira telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan selepas 10 tahun menunggu zuriat, mereka berdepan ujian apabila anak sulung mereka, Khairul Afnan meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan kerana kegagalan fungsi otak.

Sumber: Instgram

SKIP THIS AD ×