Pelakon Azri Iskandar yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Azra Diera Abdul Hamid (Ara) dikhabarkan akan berkahwin pada hujung tahun ini.
Artikel berkaitan: ‘Tak Boleh Kongsi Gambar Bertunang, Tunggu Kami Kahwin’ – Azri Iskandar
Bakal disatukan hujung tahun
Azri menegaskan bahawa cintanya dan Ara tetap utuh walaupun terdapat pelbagai spekulasi dan hinaan daripada warganet. Malah, Azri memaklumkan dia dan Ara akan disatukan sebagai suami isteri pada hujung tahun ini.
Hubungan saya dengan Ara okay saja. Cinta saya pada Ara pun masih sama..tak ada yang berubah walaupun dihina haters.
Azri juga akui, kecaman dan spekulasi daripada netizen mengenai hubungan cinta mereka telah membuatkan ibu kepada bakal isterinya pernah dimasukkan ke hospital.
Sehingga kini, Ara masih fobia dengan insiden ibunya pengsan. Sampai sekarang masih ramai haters yang kecam saya…nak kahwin pun kena kecam.
Ibu kepada bakal isteri Azri pengsan
Tambah Azri, dia dan Ara kini tidak hirau lagi dengan kata-kata atau hinaan orang ramai dan tetap dengan pendirian mereka untuk mendirikan rumah tangga pada cuti sekolah hujung tahun ini.
Sekarang saya tengah kumpul duit kahwin..masih belum cukup. Cinta saya pada Ara.
Terdahulu, Azri Iskandar dan pelakon, Ellie Suriaty disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu. Hasil perkahwinan selama 19 tahun, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.
Kemudian, tular pula mengenai dakwaan bahawa Azri sudah bertunang dengan kekasihnya Dr Azra Diera di Kangar, Perlis yang juga penulis skrip pada 29 Jun lalu.
Sumber: Astro Gempak