Kisah percintaan antara pelakon Azri Iskandar dan kekasih, Dr Azra Diera mendapat perhatian ramai orang.
Artikel Berkaitan: Ibu Kekasih Pengsan Selepas Tengok Video Wanita ‘F’, Azri Iskandar Nak Saman Portal
Artikel Berkaitan: Kekasih Dalam Diam Ada Gelaran ‘Datuk Seri’, Azri Iskandar Dapat Restu Dari Keluarga Perlis
Sah bertunang
Memetik laporan Harian Metro, Azri mengesahkan mereka sudah bertunang pada 29 Jun lalu dan sedang menanti hari untuk diijabkabulkan.
Kata Azri, 57, dia kini dalam fasa bahagia menjalani hubungan itu.
Perancangan nak kahwin mestilah jadi. Kami sedang dalam fasa gembira sebagai pasangan yang sudah bertunang sekarang. Kami bertunang pada 29 Jun lalu di kediaman keluarga Azra di Kangar, Perlis.
Kami akan bernikah di Kangar juga dan majlis di sini pun ada. Cuma, tarikh saja belum ada lagi. Mungkin masa cuti sekolah akan datang, insya-Allah.
Mana ada ‘love scam’
Ditanya tentang dakwaan terkena ‘love scam’, pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar membalas, “Kepala otak mereka yang ada elemen scam. Hati tak baik, boleh ‘blah.”
Dalam pada itu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi foto majlis pertunangan kerana ingin menghormati permintaan Azra dan keluarganya.
Maaf, Ara (Azra) dan keluarga tak izinkan. Tunggu kami kahwin saja.
Terdahulu, Azri mengesahkan dia bakal berkahwin dengan Azra dan menghantar rombongan merisik ke Perlis pada 23 Jun.
Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.
Sumber: Harian Metro