berita

Azwan Ali Kongsi Momen Rawat Sihir, Tertunduk-Tunduk Menahan Sakit

August 30th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Azwan Ali Kongsi Momen Rawat Sihir

Beberapa hari yang lalu, selebriti tanah air, Azwan Ali mendedahkan dia menjadi mangsa sihir oleh seorang individu yang dikenali dalam industri.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Dapat Berjalan, Rasa Badan Seperti Dibakar..’ – Azwan Ali

Kongsi momen rawat sihir

Terbaharu, Azwan yang lebih mesra disapa Diva AA memaklumkan dirinya kini sudah pun beransur pulih dari penyakit misteri yang dihadapinya itu.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi X, Azwan berkongsi momen dirinya mendapatkan rawatan daripada seorang pengamal perubatan Islam.

Dapat dilihat, pengacara berusia 57 tahun itu tertunduk menahan sakit ketika bacaan ayat suci dibacakan kepadanya.

Netizen doakan kesembuhan

Diva AA Rawat Sihir

Diva AA Rawat Sihir

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Azwan Ali sembuh sepenuhnya dari penyakit misteri yang dialaminya itu serta berharap agar penderitaan yang dihadapinya itu berakhir dengan segera.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×