berita

Azwan Kombos Minta Hefny Tak Masuk Campur Urusan Dengan Nad Zainal

May 29th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

azwan

Sekarang ini memang musim selebriti putus cintalah rasanya.  Mana taknya, ada sahaja yang mengaku sudah putus, tiba-tiba sambung balik, Macam macam! Termasuklah kisah percintaan Nad Zainal dan Azwan Kombos yang masih belum ada penyelesaiannya.

Ingat lagi tak sebelum ini Nad pernah mengakui dia dan Azwan sudah putus? Tiba-tiba Azwan keluarkan kenyataan terkejut dengan tindakan kekasihnya itu.

Namun, tak ada angin tak ada ribut, pelakon, Hefny Sahad pula menyatakan dia tahu perkara sebenar yang berlaku antara Nad dan Azwan. Malah menafikan dia adalah punca keretakan hubungan tersebut.

Artikel Berkaitan: Saya Tahu Sebab Apa Mereka Putus – Hefny Sahad Komen Isu Cinta Nad Zainal & Azwan

NadZainal-AzwanKombos

Kesempatan bertemu dengan Azwan pada malam tayangan perdana filem CEO digunakan sebaiknya untuk mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan Hefny itu.

Dia siapa nak masuk campur hubungan saya dengan Nad, kenapa dia tiba-tiba muncul, kata tak ada apa-apa,  tiba-tiba keluar dengan statement yang terang-terang dia beritahu media yang saya dah lama tak bersama dengan Nad. Kenapa dia cakap benda yang lain dari yang kami experience?

Saya rasa kalau dia tiada kena mengena antara hubungan saya dengan Nad, dia tak perlu nak masuk campurlah. Yang dia tiba-tiba nak bersuara kenapa? Banyak persoalan disitu.

Saya harap memang bukan dialah puncanya, kalau memang dia punca, saya memang tak boleh nak maafkan dialah.

Kalau nak tahu, Azwan turut mengakui dia masih lagi sayang kepada Nad tetapi hanya menyerahkan segalanya pada jodoh. Gitew!

Kami masih begini, belum berjumpa lagi, masih belum dapat jawapan yang sahih. Saya ada cuba hubungi tapi tak dapat respon yang baik. Sekarang saya serah pada jodoh, kalau ada saya go on, kalau tak ada saya serah pada takdir je.

SKIP THIS AD ×