berita

Azwan Kombos Tenang Anak Tersembam Jatuh Dari Kerusi, Perjelas Bukan Kepala Dulu Jatuh Ke Lantai

May 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Baru-baru ini pelakon, Azwan Kombos memuat naik sebuah video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV), yang memaparkan anak lelakinya terjatuh dari kerusi.

Artikel Berkaitan: Alami Batuk Teruk Berpanjangan Sejak 3 Bulan Lalu, Ezzaty Abdullah Masuk Hospital

Artikel Berkaitan: Tak Boleh Tayang Kemesraan Suami Isteri Di Khalayak Umum, Ezzaty Abdullah Menyesal & Minta Maaf – ‘Supaya Tidak Terdorong Untuk Melakukan Zina’

Tak panik

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Azwan atau nama sebenarnya Mohamad Al-Azwan Kombos menjelaskan bagaimana dia berhadapan dengan situasi ketika anak terjatuh dengan sentiasa kekal tenang dan tidak cepat panik.

Ini adalah cara bagaimana saya mengendalikan situasi seperti ini. Kekal tenang, jangan terus nak angkat anak, biar dia buat sendiri dulu, dengan cara tu kita boleh tahu apa yang sakit. Kalau semua nampak okay, baru la kita pujuk dia. Jangan pernah panik.

Tinjauan OhBulan! mendapati pelakon berusia 37 tahun itu kemudian memuat naik video penuh rakaman CCTV itu selepas warganet mendakwa dia sengaja mengabaikan anaknya.

Aktor tersebut berkata dia bertindak sedemikian kerana dia mahu menilai dulu keadaan anaknya.

Orang cakap saya tenang memang tenang tapi ada orang cakap saya tak ambil berat pada anak saya. Saya tengok situasi dia dahulu, kalau dia boleh guna semua anggota badan dia… dan itu saya dah dukung dia.

Selepas itu saya nak tahu juga lah macam mana dia jatuh, jadi saya pandang kamera tengok dia menghadap dekat mana dan tengok dia jatuh dekat mana. Saya nampak dia bukannya jatuh kepala dahulu, dia jatuh punggung dahulu setelah itu baru dia terbaring.

Lantai tu ada ‘vinyl’ yang agak tebal juga la.

Dalam pada itu, isterinya Ezzaty Abdullah yang juga seorang pelakon dilihat turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

Yang penting, lepas dah dukung, awak dah tengok CCTV kan? Sebab awak tengok cara dia jatuh jadi awak boleh tolong Ahmet? Alhamdulillah Ahmet tak ada apa-apa.

‘Nampak terhentak..’

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet menzahirkan kerisauan terhadap anak lelaki Azwan itu kerana bimbang insiden tersebut boleh mendatangkan kecederaan.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×